Saturday, August 8, 2009

Adakah anda ingin memulakan perniagaan anda dengan bijak, cermat dan berdedikasi ???


Adakah anda berada di Malaysia yang ingin memulakan perniagaan dengan betul?
Adakah anda seorang pekerja Kerajaan atau Badan Berkanun?
Adakah anda seorang pengangur atau lepasan IPTA atau IPTS?


Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan) ?


  1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.


Kegunaan

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia-ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

  1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran



KERTAS KERJA PINJAMAN JUGA DI KENALI RANCANGAN PERNIAGAAN(RP):



“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”



PENGENALAN

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.



Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:




1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.



2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.



3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.



4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.




Langkah perlu diambil ketika membuat RP



Apa yang perlu anda sediakan

  1. Cerita Projek anda
  2. Pelan perniagaan anda
  3. Jumlah pinjaman yang dipohon
  4. Salinan Kad Pengenalan
  5. Sejarah perniagaan anda
  6. Salinan kewangan 3 bulan
  7. Salinan pendaftaran perniagaan
  8. Dokumen-dokumen berkenaan
  9. Gambar-gambar projek (jika ada)
  10. Untuk kepastian bagi setiap dokumen lengkap sila email kami dan nyatakan bisnes atau projek anda dan berapa nilai anggaran pinjaman anda ke email kami.

Memberi Cadangan Pinjaman Terbaik, Sila nyatakan:

  1. Nama
  2. Umur
  3. No. Telefon/ handphone
  4. Pekerjaan sekarang.
  5. Level Tertinggi Pelajaran
  6. Bisnes Yang Anda Jalankan. (Dalam Perancangan)
  7. Jumlah Anggaran Pinjaman.
  8. Nama Anda Blacklist atau Clean.
  9. Cagaran atau Tanpa Cagaran



Produk dan Servis

Harga Pakej

Penyediaan kertas kerja pinjaman perniagaan

MinRM800

Penyediaan aliran tunai / analisis kewangan

Min 300

PenyediaanBorang MARA RP2P beserta Aliran Tunai

RM150.00

Penyediaan akaun untung rugi dan kunci kira-kira bagi tujuanPinjaman

RM 150.00















Adakah anda ingin mendapat contoh Rancangan Perniagaan..!!!!

Contoh Rancangan Perniagaan apakah yang anda mahukan?

Ikuti kod perniagaan anda seperti berikut dan sila hubungi kami, setiap jenis RP tersebut akan kami hantar melalui e-mail anda dan setiap contoh RP adalah RM 50.00 :-




*Diskaun 10% kepada 5 jenis Contoh Proposal (RP)




RP7701A - Restauran

RP7702A - Katering

RP7703A - Sewaan Canopy

RP7704A - Bengkel Servis Kereta

RP7705A - Bengkel Servis Tayar Kenderaan

RP7706A - Bengkel Mengecat Kenderaan

RP7707A - Bengkel Towing Kenderaan

RP7708A - Bengkel Servis Motosikal

RP7709A - Kedai Butik Pakaian

RP7710A - Kedai Jahitan



RP7811B - Kedai Dobi

RP7812B - Kedai Kasut

RP7813B - Kedai Top-up

RP7814B - Kedai Mini Market

RP7815B - Kedai Fotografi

RP7816B - Kedai Cenderahati Dan Alat Tulis

RP7817B - Kedai Fotostat

RP7818B - Kedai Saloon / Gunting Rambut

RP7819B - Pusat Printing

RP7820B - Pusat Cyber Cafe



RP7921C – Supplier Peralatan Kenderaan

RP7922C – Supplier Peralatan Hardware

RP7923C – Supplier Makanan Basah

RP7924C – Supplier Makanan Kering

RP7925C – Supplier Minuman

RP7926C – Sewaan Jentera / Kenderaan Berat

RP7927C – Sewaan Mesin / Engine Perdagaangan

RP7928C – Sewaan Billboard / Pengiklanan

RP7929C – Terbitan Majalah

RP7930C – Terbitan Filem [FINAS]



RP8031D – Pasaraya

RP8032D – Menjual Produk Jati

RP8033D – Menjual Kenderaan Import

RP8034D – Menjual Alat Kelengkapan Pejabat

RP8035D – Menjual Peralatan Komputer

RP8036D – Penternak Keli

RP8037D – Penternak Ayam

RP8038D – Penternak Lembu

RP8039D – Penternak Lintah

RP8040D – Sektor Pertanian


RP9001E - Industri Import Export

RP9002E- Lain-lain Perniagaan




SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

EN. RIZUAN : 019-6116195

8.00am to 6.00pm

one_rz@ymail.com

1 comment:

Unknown said...


Jumlah Pembiayaan Minimum: $ 10,000
Tiada sekatan industri
Proses permohonan dalam talian yang mudah dan cepat
Harus ada dalam perniagaan selama sekurang-kurangnya 3 bulan
Mesti mempunyai pendapatan bulanan sebanyak $ 2,000 atau lebih
Pembiayaan permulaan tersedia dengan skor kredit peribadi sebanyak 680+
whatsapp + 1 443 345 9339

Post a Comment